Sunday, July 25, 2010

WAKTU DOA KEKAYAAN DAN REZEKI

Salam kemakmuran,
Apa khabar, semoga ketika ini anda berada dalam keadaan yang bahagia gembira dan penuh kemakmuran.
Hari ini saya ingin berkongsi satu berita menarik untuk anda. Maklumat ini saya perolehi dari salah seorang guru metafizik, beliau mengatakan bahawa 23 Julai 2010 yang jatuh pada hari Jumaat ini terdapat satu waktu yang mempunyai energi yang baik dan anda boleh gunakan untuk berdoa tentang kekayaan dan untuk untung perniagaan. Jadi jangan lepaskan peluang ini untuk berdoa supaya ALLAH memurahkan rezeki dan memberi kekayaan yang sepatutnya menjadi milik semua manusia.
Doa kekayaan untung bisnes: Antara 5.30 pagi - 7.30 pagi (lelaki & wanita) untuk penduduk Semenanjung Malaysia dan Singapura. Untuk penduduk negeri/ negara lain: antara 5.00 pagi - 7.00 pagi waktu tempatan anda.

Doa kekayaan rezeki dari bersuara dan menjadi pemimpin hebat: Antara 1.30 petang - 3.30 petang (elok berdoa ketika antara 2 khutbah Jumaat serta ketika sujud terakhir Solat Jumaat) dan juga 5.30 petang - 7.30 malam (lelaki & wanita) untuk penduduk Semenanjung Malaysia dan Singapura. Untuk penduduk negeri/ negara lain: antara 1.00 petang - 3.00 petang serta 5.00 petang - 7.00 malam waktu tempatan anda.
Doa kekayaan rezeki bisnes peruncitan atau bahan galian / sumber dari dalam tanah (bukan untuk curi pasir di Selangor atau Johor) - antara jam 3.30 petang - 5.30 petang (lelaki & wanita) untuk penduduk Semenanjung Malaysia dan Singapura. Untuk penduduk negeri/ negara lain: antara jam 3.00 petang - 5.00 petang waktu tempatan anda.
Jadi jangan lepaskan peluang untuk berdoa pada tingkat energi yang terbaik tersebut.

0 comments:

Post a Comment